Wednesday, July 4, 2012

Malam Nisfu Syaaban

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.

“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.” 
 
Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib. 
Semoga kita mendapat keampunan daripadaNya dan marilah bersama-sama memperbanyakan amalan.
Dengan memperbanyakan :
  • Puasa Sunat
  • Doa, Zikir, dan Berselawat kepada Rasulullah S.A.W 

    No comments:

    Post a Comment